Percetakan Salam Sdn. Bhd. (Dahulu dikenali sebagai Prospecta Printers Sdn. Bhd.) mula beroperasi pada awal 1997. Ia ditubuhkan sebagai anak syarikat Pustaka Salam Sdn Bhd sebuah syarikat penerbitan buku yang telah beroperasi sejak 1982. Kilang dan pejabat urusan bagi kedua-dua syarikat kini terletak di Kundang, Rawang.
Selain menjadi pencetak utama buku-buku terbitan Pustaka Salam, Percetakan Salam Sdn Bhd berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan telah mencetak pelbagai bahan terbitan jabatan-jabatan kerajaan, swasta dan persendirian.
Percetakan dan penjilidan buku merupakan aktiviti utama syarikat. Buku dicetak secara offset dan digital printing kemudian terus dijilid dan dihantar kepada pelanggan.
Percetakan Salam Sdn Bhd menyediakan khidmat lengkap percetakan buku termasuk editorial, percetakan offset dan digital, penjilidan dan penghantaran.
Di samping itu, Percetakan Salam Sdn Bhd juga mencetak bahan-bahan lain yang berasaskan kertas seperti sticker, kalendar, poster, kotak dan lain-lain bahan bercetak.
—
No. Pendaftaran Kementerian Kewangan: 357-00052539
BEROPERASI SEJAK
Cheras 1997-1999
Batu Caves 1999-2016
Kaw. Perindustrian Kundang, Rawang 2016-kini
BERPENGALAMAN LEBIH
tahun dalam bidang
penerbitan dan
percetakan
DIMILIKI OLEH
bumiputera